Skip to main content

Eúpnka: UNI DIET- PENGURUSAN BERAT BADAN PROFESIONAL

 

PENGURUSAN BERAT BADAN PROFESIONAL

Sekarang anda boleh menurunkan berat badan dengan kekal baik dari luaran dan dalaman.

Sertai UENI DIET baru.

Revolusi yang telah membantu ribuan rakyat Malaysia menurunkan berat badan serta mengekalkan kulit yang sihat dan cantik!



--------------------Apakah Obesiti?

Obesiti bukan tentang makan berlebihan?

Obesiti adalah penyakit yang mempengaruhi satu pertiga daripada populasi dunia. Menurut stastistik obesiti terbaru, 2.2 bilion penduduk dunia disahkan gemuk termasuk lebih 710 juta daripadanya disahkan mengalami obesiti. Dari jumlah tersebut pula, 5% adalah kanak-kanak dan remaja, 12% adalah individu dewasa.

Kajian ini meliputi 195 buah negara di seluruh dunia. Kadar obesiti di kalangan kanak-kanak dan remaja paling tinggi di Amerika Syarikat iaitu 13%, manakala Mesir mempunyai kadar tertinggi obesiti individu dewasa iaitu 35%.

Dari segi bilangan, populasi terbesar seperti China dan India, mempunyai bilangan kanak-kanak obes tertinggi dengan 15.3 juta dan 14.4 juta masing-masing. Walaupun populasi lebih rendah, Amerika Syarikat mempunyai bilangan dewasa obes terbesar, iaitu 79.4 juta (35% daripada populasi) diikuti dengan China 57.3 juta. Kadar obesiti terendah adalah Bangladesh dan Vietnam, iaitu 1%.

Pada masa yang sama, semakin ramai orang mati akibat masalah kesihatan berkaitan obesiti, seperti penyakit kardiovaskular. Menurut terbitan <<The New England Journal of Medicine>>, kadar kematian akibat penyakit berkaitan obesiti seperti penyakit jantung koronari, strok, diabetes, penyakit buah pinggang, kanser dan gangguan muskuloskeletal semakin meningkat. Individu obes juga mungkin mengalami stigmatisasi sosial dan diskriminasi.

Urbanisasi, diet yang tidak sihat dan kekurangan aktiviti fizikal adalah sebab utama isu kesihatan yang berleluasa ini. Tindakan segera perlu diambil untuk mengurangkan bilangan orang berbahaya dengan berat badan berlebihan ini.


Fakta-fakta: Adakah Anda Tahu?

-Obesiti adalah suatu penyakit kronik yang bukan disebabkan oleh terlebih makan sahaja.

-Obesiti meningkatkan risiko seseorang mengalami keadaan seperti tekanan darah tinggi, diabetes (jenis 2), penyakit jantung, strok, penyakit pundi hempedu, ketidaksuburan dan kanser payudara, kanser prostat dan kanser kolon.

-Obesiti meningkatkan risiko penyakit daripada kira-kira 30 jenis keadaan kesihatan yang serius.

-Obesiti meningkatkan risiko komplikasi rawatan perubatan atau operasi pembedahan.

-Obesiti adalah punca utama kedua kematian yang boleh dielakkan di Amerika Syarikat.

-Malah pengurangan 10% berat badan pun boleh menambah baik kesihatan seseorang.

-Orang yang mengalami masalah obesiti sering menjadi mangsa pekerjaan atau diskriminasi lain atas sebab keadaan mereka.

-Menurut jurnal perubatan Inggeris <<The Lancet>>, sebanyak 45.3% populasi Malaysia menghadapi masalah obesiti, iaitu peratusan tertinggi di Asia.

Strok

Penyakit Jantung

Tekanan Darah Tinggi

Artritis

Gout

Diabetes, Kemandulan

Batu Hempedu

Hati Berlemak

Tidur Apnea


10 Penyebab Kematian Tertinggi Di Malaysia:

Fakta Membimbangkan

Walaupun kita setuju bahawa obesiti perlu ditangani kerana ia berkaitan dengan risiko kesihatan, pengurusan berat badan masih belum mendapat permuafakatan. Hujahan terhadap rawatan obesiti termasuk kesukaran untuk mengekalkan penurunan berat badan dalam jangka masa panjang, ada yang mengalami kesan sampingan daripada pengurusan berat, sesetengah orang pula berpendapat bahawa risiko rawatan penurunan berat badan lebih tinggi berbanding dengan risiko mengalami obesiti.

Sebagai sokongan kepada Kementerian Kesihatan untuk membentung masalah obesiti dan berat badan berlebihan, EUPNKA bertekad mengenalpasti, mendidik dan melalui program UENI DIET yang terbukti ini menyediakan diet seumur hidup demi menuju ke arah gaya hidup sihat untuk semua rakyat.

10 Penyebab Kematian Tertinggi pada 2016

1. Penyakit Jantung Iskemik

10. Kanker Payudara

2. Pneumonia

3. Penyakit Serebrovaskular

4. Septikemia

5. Kemalangan Jalan Raya

6. Kanker Pada Trakea, Bronkus Dan Paru-paru

7. Penyakit Hepatik

8. Keadaan Tertentu Berpunca Daripada Tempoh Perinatal

9. Kematian Semasa Muda...

Comments

Popular posts from this blog

BOH & DATO’ FAZLEY ENCOURAGES MALAYSIANS TO COOK OUT OF THE BOX

  BOH 与大马星厨 -- 拿督法兹里教你“煮”出心裁 BOH 品牌代言人独创 3 道茶叶食谱 (吉隆坡, 10 月 9 日讯)配合茶叶专家 -Boh 种植私人有限公司( BOH )成立 90 周年,品牌代言人拿督法兹里 . 耶谷( Fazley Yaakob )为您呈现三道独特创新的茶叶料理,包括法式甜品 -- 漂浮之岛( Ile Flottante )、马来香料海鲜意大利面( Herba Ratus Seafood Pasta )搭配青柠檬叶风味奶油,以及拉茶杯子蛋糕,撒上白巧克力和茉莉绿茶冰淇淋。 Boh 准备以这 3 道本土风味料理,继续征服大马人的味蕾,让您更加 Ummph ! 烹饪环节就在 SukaSucre 活动厅举办,星厨法兹里与观众分享把茶叶融入日常煮食,而其他嘉宾也乘此机会参与法兹里的现场烹饪教学。 Boh 种植首席商务长 Chen Chaw Chang 说,作为一个拥有 90 年历史的经典品牌,他们最引以为荣的是能够长期保持产品的独特口味、迷人香味和色泽。 “ 在迈向百年品牌的路上,我们会继续带给顾客最佳的品茶体验,同时也会持续创新,让顾客了解自己所喝的远远不只是一杯茶。大马人天性嘴馋,美食最凝聚人心,拉近感情,我们希望通过这 3 道创新茶叶料理,鼓励大马人发掘 Boh 茶叶的无限可能,这才是真正的 Ummph!” 当 Boh 找来法兹里 . 耶谷 ­­­­ 担任品牌代言人,同时帮忙设计出茶叶食谱,让他惊叹不已,他说:“这要求太独特了,很少厨师懂得用茶叶来做料理,我发现 Boh 茶叶的风味多样化,特别适合用来做菜或者点心。” 他透露,上述 3 种融入茶叶的美食,材料简单,容易在市面上买到,而且可以在家中轻松完成。法兹里从众多 Boh 茶叶中,选择了 5 种不同品种的茶叶来做菜,以呈现出变化多端的茶香风味料理。 活动一开始,大会先向观众推荐了花草茶( BOH Hibiscus Zest ),这是烘焙法式甜品 -- 漂浮之岛,所不能或缺的材料,其口感格外顺滑可口,散发出水果、花瓣和薄荷的迷人香气,让人陶醉。 下一道让观众期待的美食,是融合本土风味的意大利菜肴。意大利面加入 BOH 马来香料系列,不只反映出马来传统文化,更让人感觉疗愈、清新和滋润。马来香料 Herba Ratus 让意大利面变...